Sunday, April 24, 2011

Untukmu Muslimah Solehah

Insan yang telah berikrar setia menunaikan tugas mulia sebagai Muslimah
Sentiasa bersabar menghadapi berbagai rintangan hidup yang mendatang
Yang sentiasa berupaya mewujudkan cita-cita mulia dan hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Akhlakmu begitu mempersona, sopan dan menyejukan mata
Tutur bicaramu melegakan jiwa yang lara
Penampilanmu terhias dengan panduan agama
Perisai malu menjadi pakaian keperibadianmu yang utama
Dan, semangat juangmu yang sentiasa membara dalam jiwa

Semuanya, bersatu padu dalam dirimu
Agar menjadi wanita yang dirindu Syurga

Ketahuilah, wahai muslimah yang luhur

Kehilanganmu, bererti kehilangan untaian talian cinta,
Ketiadaanmu, bererti ketiadaan generasi manusia,
Kebaikanmu, bererti kebaikan segenap semesta,
Keburukanmu, bererti kehancuran tiang negara.

Ketahuilah wahai saudariku mukminah solehah,

Tidak akan pernah kita temui kenikmatan hakiki tanpa perjuangan sejati, tidak pernah kita jumpai kebahagiaan tertinggi tanpa pengorbanan tiada henti. Apa yang kita persembahkan untuk meninggikan agama Allah tidak pernah sia-sia.

Ibarat cahaya, ia akan sentiasa menerangi,
Ibarat pohon rendang, ia akan menaungi,
Ibarat bunga mawar, ia sentiasa harum mewangi


Senyumanmu, akhlakmu, budi pekertimu, sahsiahmu adalah kekuatan, kemewahan dan kekayaanmu yang sebenar.
Jadilah dirimu yang sebenar sesuci fitrah insani, agar disayangi makhluk duniawi dan dirindui hati-hati yang mencintai Ilahi.
Agar Bidadari di syurga, mencemburuimu kerana mutiara berharga yang terpendam di dalam dirimu
Peliharalah dirimu dan perindahkanlah keperibadianmu
Agar dirimu menjadi wanita muslimah solehah yang dicintai, dikasihi dan diredahi Ilahi

Yakinilah ukhti mukminah,

Keindahan sanubari
Kedamaian hati
Ketenteraman batini
Kelembutan sahsiah diri
Akan terpancar dari setiap diri mukminah yang tulus ikhlas memilih jalan yang mulia ini,




Muslimah yang tetap teguh menyusuri al-haq dengan keimanan yang hakiki
Membasmi yang batil dengan gagah berani
Tidak pernah gentar dan takut mati.

Semoga dirimu, benar-benar dicintai Rabbi.

Sampaikan Pada Si Dia

tolong beritahu padanya aku ada pesanan buatnya..tolong beritahu dia, cinta agung adalah CintaNya...tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...

tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih daripada dia menyintai Allah Yang Esa..tolong nasihatkan dia, jangan mengingatiku lebih daripada dia mengingati Yang Maha Kuasa..tolong nasihatkan dia, jangan mendoakanku lebih daripada dia mendoakan ibu bapanya...

tolong katakan pada dia..aku terpikat kerana imannya bukan rupa...tolong ingatkan dia..aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..tolong ingatkan dia aku kasihnya kerana santunnya...

tolong tegur si dia, bila dia mula mengangungkan cinta manusia..tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...

tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..tolong sedarkan si dia...aku masih milik keluargaku..tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya...

tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya kepadaku...




tolong pesan padanya...aku tidak mahu mnejadi fitnah terbesar kepadanya...
tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya

tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya...

tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia...tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku....

tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Allah Yang Maha Esa...tolong sampaikan padanya..kerana aku tidak mampu untuk memberitahunya sendiri...

hanya Engkau Ya Allah yang mengetahui siapa si dia...moga pesananku sampai kepadanya seandainya dia adalah jodoh yang telah kau tetapkan kepada hambaMu ini...moga dia bagai seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya....simpanlah pesanan ini sehingga engkau bertemu dengan diriku suatu saat hari nanti..




Saturday, April 16, 2011

Kunci Untuk Berjaya Dalam Kehidupan

Assalamu'alaikum

kalian mesti nak tau Tips2 untuk berjaya kan..
Aku ada beberapa tips, aku dapat tips ni pun
masa aku dengar ceramah dekat sekolah..
Sekiranya anda mengikut tips ni,
InsyaALLAH kalian akan berjaya dalam kehidupan.
Hanya dengan amalan 5H, anda pasti boleh melakukannya.
( InsyaALLAH )

  1. Hati ~ Dekatkan hati anda dengan ALLAH, selalu berzikir, memohon pertolongan, memohon kemaafan, dan lakukan sesuatu kerana ALLAH..
  2. Hampir ~ Hampiri orang yang positif, cikgu, ahli ulama', guru agama, ibu bapa.
  3. Hindar ~ Hindari tempat maksiat, orang yang negatif, benda yang haram, dan orang yang membawa kesesatan.
  4. Hala Tuju ~ Tetapkan hala tuju kehidupan kita.
  5. Hijrah ~ Hijrah kita punya tingkah laku, seperti : dari kurang baik ke lebih baik, dari baik ke yang lebih baik.


Lihatlah kebesaran ALLAH